hot kpm

iklan lagi

Pages

Powered By Blogger

Monday, January 31, 2011

apa tande kalo ade 2 line?

very de suprise!!!
betul ke?
seyes ke?
mimpi ke?
mcm x caye jerk..cubit pipi sket...adoiiii....betul lah tu..hehehe
kalo dah kuar 2 line...maknenye...
alhamdulillah.."Dia" nak bagi rezeki...
masih senyum sbb mcm x caye dowhhh....tp..mcm dah tua je...hikhikhik...ok le tu
masih berkesempatan lagik..sebelum tutup kedai terus!..kan mr hubby!!!

Saturday, January 29, 2011

aKu DaTaNg JeNgUk UmAh!!!

lama bebenor aku x update blog ni..bukan sengaja nak menyepi..bukan suke2 nk biar gantung x bertali..dan bukannya xde bende yg nak dicerita..tapinya...mcm letih bebenor..mcm xde masa pun iyer jugak..
entry kali ni saje aku nk idupkan blog yg dah rupe nyawa2 ikan..yg dah lama disisihkan..xde pe nak citer pun sbb aku dah pkkan entry yg bakal aku tulih nanti tp...bukan skrg!..
mgkin leps2 raya cina nanti aku akan himpunkan segala seribu satu cerita yg aku simpan...ada yg dah lama berlaku..ada yg baru berlaku dan...yg bakal berlaku pun ada...
sooo...tunggguuu!!!!..(ada ke yg akn menunggu dan tertunggu2 citer aku nih...hehehe)
wokeylah..cukup2 dulu sb aku dah x menahan nengok ank2 aku tgh makan tp memain...nak p piat tinger sorang2 jap!huh...(standby muka garang)

Sunday, January 9, 2011

CeRiTa Di AwAL 2011

JaNuArI 2011

FAMILY :
^^ Anak baru masuk sekolah tahun 1..adam haiqal n hawa adawiah...sib baik dua-dua 1 kelas (kelas 1 tabligh)..yg x bestnya sepupu derang,sarah athirah, masuk kelas lain..derang ni dah biasa bertiga dr sek tadika lg..tp xpe,masih dekat sbb kelas sebelah jer...

^^My mil yang tersayang dikesan sakit breast cancer tahap 3-4...dah merebak ke kelenjar leher tahap 3...sooooo sad!.....tp bangga dgn mak sbb sgt2 tabah..riak muka sentiasa tersenyum seperti tiada apa yg berlaku..keluar masuk spital putrajaya utk rawatan cancer..(mamogrham,ct scan,kimo,operate etc).Doa aku, moga mak cepat sembuh!!

CAREER
^^Telah ditukarkan ke unit kenderaan-unit yg amat2 sebuk.masa berlalu terlalu singkat..masuk pg rasa mcm cepat je dah ptg,terpaksa OT,tau2 dah 9mlm...PENAT!

^^Isnin ni nak audit,byk fail yg belum update...TENSEN!

^^Sabtu -ahad terpaksa g opis ngadap fail,komputer,buku daftar...sian ank2 dah seminggu kurang kasih syg..termasuk ayah die sekali..hahhaha

NOTAKAKI:..aku tetap happy dalam menjalani rutin seharian...apapun, tahun ni adalah tahun yg mencabar bagi aku..mcm2 telah berlaku dan akan berlaku...terima kasih atas sokongan suami,anak-anak dan keluarga termasuk teman2...mohon keberkatan yg maha Esa, agar kehidupan kami pada tahun 2011 ini dipermudahkan..Amin!!!

Tuesday, January 4, 2011

Penyakit pembunuh utama wanita(PART 2)

Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa!

Apa yang perlu anda ketahui…

1.

Lakukanlah pemeriksaan sendiri payudara (PSP) setiap bulan mulai usia 18 tahun.
2.

Pemeriksaan payudara tahunan oleh doktor anda selepas usia 40 tahun. (Untuk wanita berusia antara 20 ke 39 tahun, ini dilakukan setiap tiga tahun.)
3.

Pemeriksaan mamografi sekurang-kurangnya dua tahun sekali bagi wanita berusia 50-69 tahun. Walaubagaimanapun, wanita berusia antara 40-49 tahun harus juga melakukan pemeriksaan mamografi bila perlu.
4.

Tanya doktor anda bagaimana menentukan risiko anda terhadap kanser payudara.
5.

Jika anda mengsyaki ada kelainan pada payudara anda, segeralah berjumpa doktor.

Anda harus bertanggung jawab ke atas kesihatan payudara anda sendiri!

Pengesanan Awal Kanser Payudara: Kunci Meningkatnya Kadar Jangka Hayat

Mengapa kanser payudara perlu dikesan diperingkat awal?

Kanser payudara tidak boleh dicegah. Yang terbaik adalah pengesanan dan rawatan diperingkat awal Kadar jangka hayat 5 tahun didapati berbeza sekiranya kanser dikesan pada peringkat awal. Contohnya, jika kanser itu dikesan pada tahap satu (stage 1) peluang mempertingkatkan kadar jangka hayat ialah 90% dan akan menurun ke hanya 10% sekiranya kanser itu dikesan selepas ia merebak kepada organ-organ lain. Jadi, pengesahan awal kanser boleh menyelamatkan nyawa.

Pengesahan awal juga bermakna pembedahan yang mencacatkan dan yang menyebabkan kehilangan payudara tidak perlu dilakukan. Rawatan kemoterapi mungkin tidak perlu dilakukan. Rawatan tradisional atau rawatan asli tidak terbukti berkesan dan hanya melengahkan masa, tetapi mungkin boleh dipraktis sekiranya digunakan secara berhati-hati bersama rawatan secara barat. Anda perlu memberitahu doktor anda dan juga perawat tradisional supaya kedua dua rawatan tersebut tidak bercanggah.

Angka berikut menggambarkan saiz ketumbuhan yang didapati secara rambang, semasa pemeriksaan sendiri payudara rambang, semasa pemeriksaan sendiri payudara yang teratur, semasa pemeriksaan mamografi secara rambang dan semasa pemeriksaan mamografi secara teratur.

Saiz Ketumbuhan ketika dijumpai:

3.6cm - dijumpai secara tidak sengaja, dijumpai secara pemeriksaan sendiri payudara secara rambang

2.0cm - dijumpai secara pemeriksaan sendiri payudara secara teratur

1.0cm - dijumpa secara pemeriksaan mamografi secara teratur

5.0 mm - dijumpai secara pemeriksaan mamografi pada payudara yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi

Di antara tahun 1999 sehingga tahun 2000, menurut satu kajian yang dilakukan oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (dulu dikenali sabagai Hospital Universiti) didapati saiz ketumbuhan yang dikesan oleh wanita itu sendiri ialah 4.2cm!! Wanita ini akan menunggu selama berapa bulan sebelum ia menjumpai doktor.

Di negara barat lebih daripada 80% wanita dikesan pada peringkat awal dan saiz ketumbuhan hanya 2cm. Satu kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa sebanyak 30% kes-kes kanser dikesan lebih awal oleh kerana mamografi dijalankan secara teratur, di mana kanser tersebut lebih mudah dirawati dengan perbelanjaan yang lebih rendah.

Mengapa wanita di Malaysia dikesan pada peringkat yang lewat?

Sungguhpun kajian di UMMC (University Malaya Medical Centre) tidak menyeluruh, ia menimbulkan satu persoalan iaitu mengapa wanita di Malaysia, walaupun di bandar, dikesan pada peringkat yang lewat?

Para pengkaji meramalkan bahawa penyebab utama ialah kerana ketakutan dan kerana tidak mengambil endah. Hanya 2% sahaja melakukan pemeriksaan sendiri payudara dan hanya segelintir melakukan pemeriksaan mammogram. Kita semua tahu bahawa mamogram boleh mengesan lesi yang belum boley dirasai sendiri.

Apabila wanita itu mengesan satu ketumbuhan, ia terlalu takut untuk berjumpa doktor. Mungkin ia tidak mengetahui bahawa 9 daripada 10 ketumbuhan bukan kanser. Lagipun textur payudara wanita berkemungkinan berketulan tetapi sebenarnya tidak ada ketumbuhan. Ini boleh dibezakan melalui pemeriksaan klinikal oleh seorang doktor yang berpengalaman.

Sekiranya ada keraguan, wanita itu dirujuk kepada pakar radiologi di mana pemeriksaan mamogram atau ultrasound atau kedua-duanya dilakukan menurut umur wanita tersebut. Ada juga wanita yang menyimpan surat temujanji mamografi berbulan bulan kerana terlalu takut berjumpa doktor.

Ramai wanita juga percaya bahawa rawatan tradisional, biarpun secara ubat-ubat herba atau secara batin berkesan. Begitu juga rawatan secara pemakanan. Semua jenis rawatan ini tidak terbukti berkesan.

Ramai juga wanita takut rawatan pembedahan, kerana takut kehilangan payudara. Ini lebih lagi kepada wanita yang kurang kepercayaan diri. Wanita juga takut kehilangan suami atau pasangan akibat kehilangan payudara. Malangnya wanita tidak sedari bahawa kehilangan payudara mungkin tidak berlaku sekira kanser payudara mereka dikesan diperingkat awal.
Pesanan penting

JANGAN RASA CEMAS! Jumpai doktor jika mendapati masalah pada payudara. Pesanan ini juga untuk lelaki. Jangan ingat kanser tidak boleh terjadi kepada mereka!

Penyakit pembunuh utama wanita

Mengenali Barah Payudara

Barah merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat asalnya. Tahukah anda bahawa setiap organ pada tubuh badan kita terbentuk daripada pelbagai jenis sel? Pada kelumrahan serta sifat sedia asalnya, sel-sel ini akan membuat pembahagian dengan kadar yang terkawal serta dihasilkan mengikut keperluan tubuh seseorang individu.

Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan, ianya akan menghasilkan lebihan tisu. Lebihan tisu ini jugalah yang dikenali sebagai ketumbuhan. Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu benign(tumor bukan barah) dan malignan(tumor jenis barah). Jenis ketumbuhan yang pertama iaitu benign adalah merupakan ketumbuhan yang tidak membahayakan nyawa para penghidapnya. Hampir 80 peratus daripada para pengidap ketumbuhan payudara adalah dari kalangan mereka yang mengalami ketumbuhan jenis ini.

Barah payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara. Ianya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran. Sel-sel barah ini juga mampu untuk membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal sekaligus memasuki saluran darah serta sistem perlimpahan (Lymphatic system). Inilah juga cara serta kaedah penyakit barah payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya. Proses penjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis.


Apakah Yang Menyebabkan Barah Payudara?

Setakat ini, bagaimana barah payudara boleh timbul belum diketahui lagi. Penyelidik-penyelidik telah membuat kesimpulan bahawa punca utama menyebabkan penyakit barah adalah gandingan faktor keturunan (faktor genetik) dan persekitaran (faktor alam sekeliling).

Apa yang kita tahu hanyalah faktor risiko. Faktor risiko merupakan suatu perkara yang akan menentukan risiko seseorang terhadap sesuatu penyakit. Contohnya, merokok adalah faktor risiko kanser paru-paru atau penyakit lemah jantung.

Risiko seorang individu terhadap sesuatu penyakit tidak mudah ditentukan kerana pengaruh faktor-faktor risiko berbeza. Seorang wanita seharusnya mengetahui dan memahami apakah faktor-faktor yang akan mempengaruhi risikonya terhadap kanser payudara.

Kami belum lagi dapat memahami mengapa adanya mereka yang mempunyai faktor risiko seperti riwayat keluarga (pertalian keluarga dengan penghidap penyakit barah) dan terdedah kepada risiko pengambilan bahan serta sumber berasaskan tembakau, bebas daripada serangan penyakit ini.

Manakala, mereka yang daripada kumpulan berisiko rendah pula tidak terlepas daripada menghidap penyakit ini. Pertalian adalah kompleks dan mungkin dipengaruhi faktor-faktor lain yang tidak ternyata. Untuk seketika ini misterinya akan terus berpanjangan serta menjadi tanda tanya.

nak tau lebih lanjut, layari:
http://www.radiologymalaysia.org/breasthealth/bm/maklumat/apakahkp.htm

Monday, January 3, 2011

SaTu HaRi DiHaRi IsNin

3 Januari 2011

# hari isnin - hari yg membosankan..tp tidak kalau hari cuti!
# hari ketiga tahun baru bg tahun 2011...selamat menyambut tahun baru semua!!
# hari pertama anak dara n bujang aku masuk sekolah!...darjah 1 beb!

x sangke aku dah berusia...ank dah sekolah tu kire dah berusia..besar dah derang..x sangke sungguh!...
pg2 abg n kakak dah bangun,mandi n siap2 nk g sekolah..derang punya semangat,mcm semangat otromen nak lawan raksasa gamaknya!
hari ni sek derang baru nak buat orientasi dan exam tapisan..patutnya hr jumaat ari tu dah buat tp batal last minit sbb pak najib kasi cuti..habuan tuk rakyat sempena bola sepak menang..
tp sekolah lain di seantero putrajaya yg lain sume x cuti..even diberi cuti, sekolah tetap wat orientasi mengikut jadual asal...ntahler..alasan sekolah ni cuti sbb kate depa..ikut kata perdana menteri...logik gak tuh!
ulasan anak2 aku lepas wat exam tuh.."senang je mama!"..iyolah tu..dpt keputusan kang, tau ler senang ke susah..tau le mana kelas korang dpt..kelas depan or belakang!

apa2 pun aku tetap bangga dgn ank2 aku..bangga dgn semangat yg derang ada!..caiyok!caiyok!..hrp2 ank2 mama jd org yg berguna, pelajar pintar,cergas,glamer,disayangi guru dan rakan2...cewah!!..tu sume harapan aku masa jd student dulu tp x kesampaian..so, ank2 kene teruskan..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Template by:
Free Blog Templates